Monday, October 26, 2009

Struktur atom

Jirim adalah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang

Jirim terdiri daripada zarah yang halus dan diskret

Zarah ini mungkin terdiri daripada atom, molekul dan ion

CIRI ATOM

zarah yang neutral

zarah paling kecil dalam suatu unsur

wujud sendirian

mengambil bahagian dalam tindak balas kimia

CIRI MOLEKUL

zarah yang neutral

ada 2 atau lebih atom contohnya molekul nitrogen(N2; kalau ada nombor 2 ataulebih di belakang huruf ialah molekul)

wujud dalam kumpulan contohnya polisakarida

wujud sendirian contoh molekul bromin ,Br2

CIRI ION

ada cas positif seperti ion natrium(Na+) atau ada cas negatif seperti ionklorida(Cl-) {kalau ada tanda +/-, itu ialah ion}

atom yang terima electron bercas negatif (anion)

atom yang buang electron bercas positif (kation)

petua nak ingat= anion (huruf an di depan itu ialah anod. Anod ialah positif

= kation (huruf kat di depan ialah katod. Katod ialahnegatif

UNSUR DAN SEBATIAN

Jirim dibahagi kepada 2 iaitu unsur dan sebatian

Unsur ada satu jenis atom saja

unsur dikelaskan kepada 2 iaitu atom dan molekul cth: Na(atom)Â…..F2(molekul)

sebatian ada 2 atau lebih unsur yang berlainan

dapat dibahagi kepada 2 iaitu sebatian ion dan sebatian molekul

FORMULA SAIZ ZARAH MINYAK

h=4V h ialah saiz zarah d ialah diameter lapisan minyak

3.142(d kuasa 2) V ialah isi padu lapisan minyak

andaian semasa buat anggaran saiz zarah ialah:

* Lapisan minyak di atas air berbentuk silinder

* Tebal lapisan minyak adalah sama dengan satu zarah

TEORI KINETIK JIRIM

diguna untuk terangkan keadaan zarah-zarah dalam jirim

pergerakan zarah bergantung kepada keadaan jirim

halaju gerakan zarah dipengaruhi oleh suhu

gerakan Brown:

* Sempena nama saintis British ,Robert Brown yang menjumpainya

* Zarah debunga didapati bergerak secara rawak dalam lintasan zig-zag

* Ini sebabkan zarah-zarah sentiasa langgar sesama sendiri dan denganzarah-zarah air

PERUBAHAN KEADAAN JIRIM

jirim berubah bentuk bila suhu bertambah

proses perubahan bentuk ini ialah proses berbalik

peleburan= proses penukaran pepejal kepada cecair

takat lebur= suhu di mana pepejal berubah jadi cecair pada suhu dan tekananyang tetap

suhu pepejal tidak meningkat kerana tenaga haba yang dibekalkan diguna untukmemecahkan ikatan antara zarah pepejal

haba pendam pelakuran= haba yang diguna utk leburkan pepejal tanpaperubahan suhu

pendidihan= proses penukaran cecair kepada gas

takat didih= suhu di mana cecair berubah menjadi gas pada suhu dan tekananyang tetap

suhu cecair tidak meningkat kerana haba yang dibekalkan diguna utkmemecahkan ikatan cecair utk menjadi gas

haba pendam pengewapan= haba yang diguna tukar cecair menjadi gas tanpaperubahan suhu

pembekuan= proses penukaran cecair menjadi pepejal

pada takat beku, zarah tidak bergerak lagi tetapi hanya bergetar padakedudukan tetap

penyejatan= proses cecair bertukar jadi wap tanpa proses pendidihan

berlaku pada sebarang suhu

kondensasi= proses gas bertukar menjadi cecair

pemejalwapan= pepejal bertukar menjadi gas dan sebaliknya tanpa melaluikeadaan cecair

bahan yang boleh memejalwap:

* Iodin

* Naftalena (ubat gegat)

* Ammonium klorida

* Ais kering (CO2)

No comments:

Post a Comment