Thursday, October 15, 2009

best ke nak buat blog ni?

Pejam celik, celik pejam, pejam celik..(sambung sendiri selepas ini)..he3..sudah masuk minggu ke 4 dalam kelas ICT rupanya.Sungguh tidak terasa masa berlalu dengan begitu cepat,pantas,tuntas, dan yang sewaktu dengannya..Minggu ini,En Junaidi memberi tunjuk ajar tentang bagaimana cara untuk menghasilkan blog yang bling****..(bintang sudah mula menunjukkan diri..he3..Tetapi perkara yang penting daripada yang kurang penting, blog ini sebenarnya khusus untuk pendidikan..maknanya tak boleh merapu dan makan ikan kerapu dalam blog ni..(sedap ke ikan kerapu tu?)..memang mengkerapu betul!!!..Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mewujudkan google email..Dan email yang dicipta oleh saya dengan jayanya (perasan lebih)..ialah gurldevushka@gmail.com..nak tahu maksudnya..tanyalah saya, jangan tanya Nabil, nanti dia cakap.."lu pikirlah sendiri"..he3..Cukup2 la merapu (nasihat ini ditujukan kepada diri saya sendiri..:(..)Selepas google email dicipta dengan jayanya..saya pun memasuki alam blog ini dengan perasaan yang cuak adalah mungkin kerana tak tahu apa-apa pasal blog dan sebab yang kedua adalah kerana tengah berfikir ke hadapan tentang blog yang selalu perlu di update..huhu..saya pula adalah jenis yang ter"sangat" rajin untuk meng update..huhu..Tapi tidak mengapa..gambarimasu..he3..sayonara..

No comments:

Post a Comment