Monday, October 19, 2009

jom kita tangkap gambar..

CAMSTUDIO..bila dengar tentang ini,ianya sudah pasti terbayang di fikiran kita mengenai tangkap gambar.Belajar mengenai camstudio memang menarik sebab kita boleh ambil gambar. Kamera itu berada di dalam komputer.Kita kena download dulu software camstudio ini sebelum menggunakannya. Memang pasti kene download dulu,sebab kalau tidak download dulu..dari mana pula camstudio ini menjelmakan diri?dari langit?dari kerak bumi?...ooohhh,tidak..yang pasti dari dalam bumi..he3..Faedah yang boleh diperolehi melalui camstudio ini ialah ianya dapat mengambil dan merakam video dalam masa yang cepat dan tepat..kita boleh menghadkan tempat atau kawasan yang kita hendak ambil gambar itu. Tetapi setiap kebaikan,pasti terselit sekelumit keburukan..(betulkah ayat itu?).Keburukannya ialah ianya terhad pada suatu tempat sahaja dan tidak boleh dibawa merata-rata macam kamera kita itu..Sanggupkah kita membawa laptop kita berjalan-jalan sambil mengambil gambar?Tentunya kita tidak sanggup kerana laptop itu berat dan ia adalah kerja yang rumit untuk berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment