Sunday, October 18, 2009

Falsafah Pendidikan Guru

“Guru yang berperkerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu-padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”


Matlamat Falsafah Pendidikan Guru adalah :


  1. Membina insan guru yang beraklak mulia,berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan
  2. Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan.


Kriteria penting dalam Model Konseptual Pendidikan Guru


  1. Model konseptual guru mementingkan akauntabiliti guru kepada diri sendiri, masyarakat dan ketuhanan
  2. Daripada aspek kendiri, guru perlu memupuk budaya ilmu, pembentukan sahsiah serta daya ketahanan dalam diri murid.
  3. Daripada aspek kemasyarakatn, guru perlu menyedari bahawa seorang agen perubahan, dia boleh mendidik dan memimpin anak muridnya.
  4. Daripada aspekketuhanan pula, guru mesti dapat meningkatkan ilmu murid serta membentuk murid yang patuh dan taat kepada agama dan budaya masing-masing.


Nilai-nilai keguruan


  1. Guru pada peringkat rendah harus memberi contoh yang sesuai yang melambangkan ciri-ciri kesempurnaan dari segi jasmani dan rohani.
  2. Guru perlu mengamalkan dan menghayati nilai-nilai yang viajar
  3. Nilai-nilai yang dihayati oleh guru akan tercermin dalam amalan-amalan sehariannya.


Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kepada peranan guru


  1. Guru mesti cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik.
  2. Guru harus peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara.
  3. Guru mesti menjadi seorang guru yang serba boleh
  4. Guru juga harus mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina untuk bekerja keras serta tidak mudah putus asa
  5. Guru juga harus mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik.

No comments:

Post a Comment