Sunday, October 25, 2009

forum 2

ISU KEDUA:WABAK H1N1

Wabak H1N1 merupakan wabak yang semakin meruncing dan banyak dibincangkan di dada-dada akhbar tentang penularan wabak ini di hampir keseluruhan negara. Apa yang pasti, penularan wabak ini adalah semakin teruk dan bilangan angka kematian semakin bertambah dari hari ke hari. Hal ini amat membimbangkan semua pihak terutamnya di kalangan orang awam kerana faktor pendedahan kepada wabak ini adalah tinggi. Mereka yang mengidap penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, masalah buah pinggang dan juga ibu mengandung harus berwaspada kerana wabak ini amat mudah untuk meyerang mereka berikutan kelemahan sistem pertahanan di dalam badan. Apa yang pasti, kita sebagai warganegara Malaysia harus mengetahui serta mengamalkan semua jenis langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada jangkitan wabak Influenza H1N1 ini. Langkah yang boleh diambil ialah dengan mengelakkan dari melawat negara-negara yang mempunyai tahap wabak ini dalam kadaran yang amat tinggi serta membuat pemeriksaan kesihatan dengan serta merta apabila menghadapi salah satu simptom-simptom H1NI ini di klinik dan hospital yang berdekatan. Simptom-simptom virus Influenza H1N1 ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk,sakit tekak,sakit badan,pening kepala,sejuk dan kelesuan. CDC telah mengesahkan bahawa virus ini adalah berjangkit dan merebak dari seorang individu ke individu yang lain.Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana jangkitan ini terjadi. CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamizir atau zanamivir .Langkah-langkah untuk mengelakkan H1N1 ialah kita harus mengekalakan amalan kebersihan yang seajarnya seperti tutup mulut dan hidung setiap kali kita batuk atau bersin dengan tisu atau dengan tangan kemudian buangkan tisu dan bersihkan tangan dengan segera dengan menggunakan sabun antibakteria seperti Dettol. Seterusnya,jika sakit atau terkena selesema, langkah yang terbaik ialah dengan duduk di rumah dan elakkan diri dari pergi ke tempat yang dikerumuni orang awam. Pengaliran udara juga harus bersih untuk mengelakkan virus ini. Sebagai kesimpulannya, semua pihak harus bersama-sama menjaga dan mengamalkan kesihatan dan kebersihan dengan sempurna untuk mengelakkan penyakit ini daripada menyerang diri kita.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

No comments:

Post a Comment