Sunday, August 16, 2009

~Kelas ICT bermula minggu pertama?~

"Kelas ICT bermula minggu pertama?"..Itulah perkara yang bermain di fikiran saya pada pagi sebelum kelas ICT bermula.Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut,saya membuka UPSI PORTAL untuk mengesahkannya..Beberapa minit kemudian,alamak!!!..ada kelas..perasaan ini berlaku adalah kerana 50% masih berada di rumah dan 50% lagi mungkin berada di ruang udara semasa dalam perjalanan dari rumah ke UPSI.. Selepas beberapa minit berada di dalam kelas,pensyarah masuk dan semangat saya menjadi semakin berkobar-kobar apabila mendengar penjelasan mengenai subjek ini oleh pensyarah berkenaan. Kelas dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pada hari isnin dan pada hari khamis. Saya memilih untuk ke kelas pada hari khamis kerana kelas itu diadakan pada waktu petang dan kelas pada hari Isnin adalah pada waktu pagi.Alasan untuk perkara ini boleh difikirkan sendiri melalui logik akal fikiran.Apa yang saya harapkan ialah saya dapat mengikuti kelas ini dengan CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG pada sesi yang berikutnya sehingga ke akhir semester nanti..hidup KIMIA DALAM ICT..:p

No comments:

Post a Comment